Menteri Besar Incorporated Perak hari ini menyampaikan sumbangan RM50,000 bagi tujuan baik pulih Dewan Perdana MB Inc. di Trong, Perak.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MB Inc. Perak, Encik Nor Afzanizam Abd Manan kepada Penghulu Mukim Trong, Encik Ashraf Ali Anvar Deen yang disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, YB Jamilah Zakaria.
Turut hadir Pengurus Besar Komunikasi Strategik MB Inc. Perak, Siti Kamesah Bee; dan Pengurus Amanjaya Natural Resources, Encik Muhammad Fariq Jaafar serta Pegawai Khas ADUN Trong, Encik Shamshul Alias.
Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh MB Inc. untuk membantu menambahbaik dewan tersebut bagi keselesaan penduduk di sekitarnya.
Untuk makluman, dewan ini turut dibina oleh MB Inc. bagi kegunaan bagi komuniti setempat dan diharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan dengan baik bagi kegunaan penduduk sekitarnya.