Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) melalui anak syarikatnya, Amanjaya TT5 Sdn. Bhd. memperkukuhkan usaha memelihara dan memulihara Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5) dengan menjalin usahasama dengan ACF Industries (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat Kejuruteraan Marin.
Rakan usahasama ini bakal menyediakan perkhidmatan pemulihan, pembaharuan, dan penyelenggaraan Kapal Korek TT5 berusia 83 tahun ini yang terletak di bekas tapak lombong di Tanjung Tualang, Perak.
Inisiatif memelihara kapal korek, yang merupakan salah satu tapak warisan Geopark di Lembah Kinta ini di mulakan dengan sesi 'kick-off meeting dan telah ditemerai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; dan Pengarah Urusan ACF Industries, Encik Hamly Mohd Salleh serta disaksikan oleh Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd, Encik Shahrin Zainon.
Antara lain, kedua-dua pihak juga akan berkerjasama rapat dengan industri dan fakulti-fakulti kejuruteraan marin untuk tujuan penyelidikan, penghasilan dokumentasi SOP proses-proses pemuliharaan dan juga merakamkan proses rektifikasi dan penyelengaraan.
Rakaman proses-proses pemuliharaan ini akan di buat secara bersiri dan di harap bakal dijadikan rujukan untuk telahan di pusat pengajian mahu pun di sekolah-sekolah.
Ini kerana, Kapal Korek TT5 adalah satu-satu nya kapal korek yang wujud di negara ini dan usaha ini di harap dapat dipelihara dan direkodkan dengan baik agar terus terpelihara dan menjadi warisan negara.
Semoga kerjasama ini menyumbang sedikit sebanyak di dalam memperkasa teknologi kejuruteraan marin melalui usaha memulihara kapal korek yang merupakan warisan terakhir di negara ini.