Menteri Besar Incorporated hari ini turut bersama - sama mengambil bahagian dalam Kejohanan Boling Piala Exco Alam Sekitar Negeri Perak Tahun 2022 bersempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak (JAS) dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Negeri Perak (KASPER).
Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Premis yang Ditetapkan (PYDT), Mineral, Premis yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) terbuka, dan Pembangunan dengan penyertaan 120 pasukan di Ampang Superbowl Ipoh Parade di sini, hari ini.
MB Inc. diwakili oleh tiga pasukan , A, B dan C yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi MB Incorporated (Perak), Encik Nor Afzanizam Abd Manan dan warga kerja MB Inc.
Selain itu, pasukan MB Inc. C telah dinobatkan tempat kelima dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1,625 pada hari ini dan akan beraksi pada pusingan terakhir yang dijadualkan Sabtu, 12 Februari ini.
Pasukan MB Inc. juga turut menerima hamper dan sijil penyertaan daripada Pengarah JAS Negeri Perak, Tuan Haji Rosli bin Zul.
Sementara itu, peserta wanita dari MB Inc., Zahilla binti Hj Ahmad dinobatkan sebagai Pemain Boling Wanita Terbaik. Tahniah diucapkan!
Dalam pada itu, penganjuran Kejohanan boling bersempena Hari Tanah Lembap Sedunia turut menyampaikan mesej dimana penglibatan yang terjalin antara semua agensi turut memberi sokongan kepada Jabatan Alam Sekitar dalam memampankan dan memulihkan tanah lembab, sumber dan biodiversiti untuk generasi yang akan datang melalui pertukaran maklumat, aktiviti pemuliharaan, dan kesedaran bersama di seluruh dunia.
Diharap jalinan baik sesama agensi ini akan berganding bahu memperkasakan lagi alam sekitar khususnya di negeri Perak dan juga mengukuhkan semangat kesukanan.