Menteri Besar Incorporated menyantuni kelompok gelandangan dengan mengedar juadah istimewa termasuk sate bersempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi bersama- sama dengan Pertubuhan Amal Sejahtera Harmoni Perak di sekitar Anjung Singgah.
Penglibatan sukarelawan melibatkan 30 orang itu adalah usaha antara pihak GLC dan NGO yang mahu menggalakkan lebih banyak penyertaan belia untuk turun padang membantu dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan selain mempergiatkan usaha kebajikan dalam komuniti ini.
Ini juga adalah antara teras CSR MB Inc. yang memfokuskan kepada Kebajikan Sosial selain Alam Sekitar dan Pendidikan.
MB Inc. turut berasa bangga dengan penglibatan anak muda yang bersemangat menyantuni golongan gelandangan ini dan berharap lebih banyak program kebajikan seumpama ini dilaksanakan pada masa depan.