Sekitar Majlis sumbangan Penyerahan Komputer Riba yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam YB Dato Zolkafly Harun merangkap ADUN Lintang kepada pelajar- pelajar Sekolah Menengah di sekitar DUN Lintang.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi MB Inc. , Encik Nor Afzanizam Abd Manan dan Presiden Kelab Rotary Ipoh Selatan Encik Kamarul bin Dato' Arif serta barisan Penghulu Kanan dan Penghulu-penghulu.
Inisiatif ini adalah salah satu fokus utama tanggungjawab sosial korporat (CSR) MB Inc. yang memberi tumpuan kepada teras Pendidikan selain Sosial serta Alam Sekitar.
Terdahulu, MB Inc. telah memperuntukkan sumbangan 100 komputer riba menerusi Kelab Rotary untuk disumbangkan kepada pelajar sekolah dan penuntut IPTA daripada golongan B40 untuk mendapatkan akses komputer untuk bagi tujuan pembelajaran.
Ini juga berikutan pandemik Covid- 19 yang memerlukan pelajar untuk belajar dalam norma baharu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
Semoga sumbangan ini akan dapat dimanfaatkan sebaik- baiknya dan Selamat Maju Jaya kepada semua penerima.