Rangkuman penglibatan dan sesi libat urus Menteri Besar Incorporated (Perak) di Expo Dubai 2020 pada 26 Disember sehingga 31 Disember.
MB Inc. berasa bertuah kerana berpeluang terlibat dalam salah satu acara yang terbesar didunia dan disertai oleh 192 negara. MB Inc. turut memberi sokongan pada majlis pelancaran Pavillion Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Sri Hajah Nancy Shukry.
Turut mengiringi ialah Duta Besar Malaysia ke UAE, TYT Mohd Tarid Sufian danKonsulat Jeneral Malaysia di Dubai, TYT Mohd Hasril Abdul Hamid.
Turut serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh, Dato' Haji Rumaizi bin Baharin,Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad , Cik Nurmalis Musa dan barisan pengurusan kanan MB Inc.
Pada masa yang sama, MB Inc. turut mempromosikan kepada Menteri Pelancongan , Seni dan Budaya iaitu produk eko-pelancongan, Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5) yang merupakan warisan kapal korek terakhir dan tarikan terbaharu, Taman Pagar Sesat , TT5 Maze Park menggabungkan lapan elemen menyeronokkan yang membentuk bentuk hati (love shape), pertama seumpamanya di dunia serta dikelilingi dengan flora dan fauna.
Dalam pada itu, beberapa lagi tarikan pelancongan berhampiran Kapal Korek kini masih dalam perancangan.
Selain itu, MB Inc. turut dijemput menghadiri majlis makan malam networking dinner bersama para pemain industri dan wakil media dalam mewujudkan kerjasama pelancongan bersama pemain industri pelancongan antarabangsa pada masa hadapan.
MB Inc. turut menyokong penuh usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia dan Tourism Perak mempromosikan produk ekopelancongan baharu di seluruh Malaysia malah bertepatan dengan Dasar Pelancongan Negara Malaysia 2020-2030 yang mengetengahkan aktiviti pelancongan lestari dan bertanggungjawab.