Kunjungan Hormat Agensi Nuklear Malaysia ke atas Menteri Besar Incorporated (Perak) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Ts. Dr. Siti A’ iasah binti Hashim.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah, Program Penyelidikan & Pembangunan Teknologi, Dr Abdul Rahim Harun; Pengarah Bahagian Keselamatan & Kesihatan Sinaran, Ts. Dr. Husaini bin Salleh; Pengarah Bahagian Teknologi Sisa & Alam Sekitar, Dr. Kamaruddin bin Samuding.
Kunjungan itu disambut oleh Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik Kamarulariffin bin Ayub.
Dalam sesi libat urus itu juga, pihak Amanjaya Global Sdn.Bhd., anak syarikat MB Inc. turut memberi taklimat ringkas berkaitan pembangunan mineral baru dan teknologi sisa dan turut bertukar pandangan serta idea dalam bidang sains dan teknologi nuklear di negeri Perak.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan manfaat kepada industri -industri berkaitan pembuangan sisa dan mineral di negeri Perak dan di peringkat Persekutuan.