Sekitar Seminar Pengurusan Pasir Sungai Secara Mampan Bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) di Bayview Hotel Georgetown Penang yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Turut bersama, Pegawai Daerah dan Tanah Kinta, Tuan Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik; Pegawai Daerah dan Tanah Mualim, Tuan Mohamad Fitri bin Hassan; Pegawai Daerah dan Tanah Hilir Perak, Tuan Saidi bin Haji Shaari.
Turut bersama juga, barisan penceramah yang terdiri daripada Pensyarah di Universiti Sains Malaysia dan Pengarah REDAC, Prof. Dr. Nor Azazi bin Zakaria; Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia dan Timbalan Pengarah REDAC, Prof. Madya Dr. Mohd Remy Rozainy bin Mohd Arif Zainol; Pensyarah di Universiti Sains Malaysia dan Penyelidik REDAC, Ir. Ts. Dr. Chang Chun Kiat; dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Sasitharan a/l Manikam.
Dalam seminar tersebut, antara agenda yang dibincangkan ialah garis panduan pengurusan perlombongan pasir sungai dan pemulihan tebing sungai, dan juga tatacara permohonan pengambilan pasir sungai.
Dalam seminar itu juga, turut dibincangkan ialah kepentingan penyelenggaraan sungai. Di mana inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak pengendali, dan juga universiti-universiti untuk memastikan usaha yang terbaik dapat dilakukan bersama-sama terhadap penyelenggaraan sungai.
Untuk makluman, seminar tersebut dapat memberi satu panduan yang jelas kepada pengusaha pasir, pentadbir tanah dan pihak-pihak berkaitan, supaya mengendalikan proses pengambilan pasir dengan cara sistematik dan dapat memberi kesan yang minimum kepada kerosakan alam sekitar.
Pihak Menteri Besar Incorporated (Perak) ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran pihak-pihak tersebut dan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam menghadiri seminar ini dan semoga perkongsian pengetahuan, dan kepakaran semua pihak dapat memberi manfaat kepada kelestarian alam sekitar Negeri Perak.