Sekitar Kunjungan Menteri Besar Incorporated (Perak ) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. , Encik Anuar Zainal Abidin bersama pengurusan kanan ke tapak Urban Farming, Casuarina.
Kunjungan MB Inc. turut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perak Corporation Berhad Development, Sharifah Nor Hashimah Syed Kamaruddin , Ketua Operasi Hotel dan Pelancongan, Juani Bt Jamalludin dan Pengarah Perniagaan Strategik, Faridah Abd Hamid.
MB Inc. telah mengambil peluang bekerjasama dengan Perak Corp dalam pembangunan pertanian lestari, Urban Farming dalam usaha ke arah membekalkan sumber makanan sihat selain dapat mengurangkan kos sara hidup sekaligus menjana pendapatan tambahan dan memupuk semangat keusahawanan.
Turut ditanam kira-kira 1,000 pot jenis sayur antaranya timun jepun, tomato ceri, salad red coral dan green coral yang ditanam menggunakan kaedah hidroponik.
Dalam lawatan itu, kesemua telah diberikan penerangan ringkas berkaitan penjagaan sayur-sayuran dan kaedah terbaik untuk menuai tanaman.MB Inc. merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyokong pembangunan mampan turut menyambut baik usaha baik, urban farming yang bukan sahaja akan menjadi gaya hidup terbaru dan pilihan terbaik penduduk di bandar-bandar bagi tujuan penghijauan persekitaran dan sumber makanan sihat.