Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada Menteri Besar Incorporated (Perak) kepada Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak di Istana Kinta, Ipoh Perak.
Dalam majlis itu, MB Inc. Perak yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM420,000.00.
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah turut disertai beberapa syarikat korporat lain antaranya Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dato Seri Diraja Dr Mohd Zahidi Zainuddin, YBhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr. Afifi al-Akiti, Orang Besar Jajahan Kinta Dato’ Ab. Wahab Bin Dato’ Seri Azizul Hassan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Encik Shahrul Azam Shaari.
MB Inc. akan terus berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan menjana pendapatan agar dapat menyumbang semula kepada Kerajaan Negeri bukan sahaja dalam bentuk zakat perniagaan, tetapi juga di dalam bentuk sumbangan yang lain seperti royalti, bayaran premium tanah dan juga sumbangan terus kepada kerajaan negeri.
Selain daripada itu, adalah menjadi salah satu tanggungjawab besar MB Inc. di dalam membelanjakan sebahagian daripada pendapatan bagi menjalankan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR).