Kunjungan Hormat Institut Darul Ridzuan (IDR) ke atas Menteri Besar Incorporated (Perak) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr. Maisarah Ahmad dan beberapa pegawai pengurusan kanan.
Delegasi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin.
Dalam pertemuan itu, kedua- dua pihak saling bertukar pandangan dan idea serta kepakaran berkaitan pembangunan beberapa sektor penting di negeri Perak.
Selain itu, IDR turut membentangkan Pelan Perak Sejahtera 2030 kepada pihak MB Inc.
Syabas juga diucapkan kepada pihak IDR kerana telah membentangkan pelan yang inklusif, mendengar serta mendapatkan input daripada semua pemegang taruh negeri termasuk badan berkanun seperti MB Inc.
Semoga jalinan kerjasama antara kedua pihak ini dapat meningkatkan lagi ekonomi dan kesejahteraan negeri Perak dan kepada rakyat secara amnya.