Sekitar Program Menteri Besar Bersama Rakyat - MESRA bersama YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad yang turun padang menyantuni golongan usahawan di sekitar Parlimen Bagan Datuk.
Program MESRA kali ini adalah kerjasama rapat antara Sekretariat Usahawan Negeri Perak dan Jabatan Pertanian Negeri Perak manakala Menteri Besar Incorporated ( Perak) turut menjadi urusetia program itu.
Turut hadir dalam program itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Pegawai Daerah Bagan Datuk, Tuan Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), En Mohamad Rozlan bin Mohamad Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin.
Dalam program itu, YAB Dato' Saarani Mohamad berkunjung ke 8 lokasi usahawan antaranya pengusaha Kelapa dan Madu Kelulut, Dodol dan Soya Segar, Coklat dan Sos Cili serta Produk Kraf Tempurung.
Selain itu, pihak MB Inc. Perak juga turut menerima cenderahati penghargaan yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Saarani Mohamad selepas berakhirnya sesi Townhall di Dewan Dato' Lope Hashim.
Program Mesra bersama usahawan ini adalah program turun padang yang bermanfaat selain dapat mendengar suara hati dan juga cadangan-cadangan daripada usahawan tempatan.