Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Projek NR-REE Bil 2/2021 di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Putrajaya.
Pihak UPEN selaku urusetia mesyuarat bersama dengan KETSA melibatkan pelbagai wakil-wakil agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri Perak.
Turut hadir ialah Penasihat Undang-undang Negeri Perak , YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin ; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Ybhg. Dato' Mohamad Fariz Mohamad Hanip; Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Anuar Zainal Abidin; Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Tuan Haji Yahanis bin Yahaya.