Dalam membangunkan kualiti pendidikan terbaik dalam era teknologi kini, setiap pelajar seharusnya mempunyai komputer riba bagi kemudahan mengakses maklumat dan menyempurnakan pembelajaran dalam talian.
Menyedari hakikat itu, Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama -sama Kelab Rotary mempergiatkan usaha menyumbang komputer riba kepada para pelajar khususnya dalam kalangan B40.
Dalam majlis pada hari ini, YB Dato' Mohamad Zahir Abdul Khalid , Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak turut meluangkan masa untuk menyempurnakan penyerahan sumbangan komputer riba kepada tiga pelajar IPTA yang berasal dari Taiping.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MB Inc. Perak, Encik Nor Afzanizam Abd Manan dan Presiden Kelab Rotary, Encik Kamarul Dato' Arif.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat baik kepada para penuntut IPTA seterusnya melakar kejayaan dalam bidang masing-masing.