Prihatin dengan keadaan pelajar luar bandar yang memerlukan kemudahan komputer riba untuk tujuan pembelajaran, Menteri Besar Incorporated (MB Inc. Perak) berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan Kelab Rotary untuk menyumbangkan komputer riba itu.
Ini adalah sebahagian daripada sumbangan 100 unit komputer yang diperuntukan menerusi Kelab Rotary Kuala Kangsar dan Kelab Rotary Setiawan.
Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, YB Datuk Zainun Mat Noor kepada penerima- penerima di daerah Kuala Kangsar.
Turut hadir ialah Presiden Kelab Rotary Kuala Kangsar, Encik Hoo Chee Hoe dan Encik Kesavan.
Manakala dalam program sumbangan di Sitiawan pula turut hadir ialah Presiden Kelab Rotary Sitiawan dan barisan ahli -ahli kelab Rotary.
Jalinan kerjasama ini akan terus dipereratkan agar keluarga B40 mendapat pembelajaran berkualiti selari dengan selari dengan program CSR MB Inc. Perak yang salah satunya berteraskan kepada pendidikan.