Sekitar Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021 Peringkat negeri Perak di Dewan Majlis Daerah Selama yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Saarani Mohamad.
Turut hadir ialah Pegawai Kewangan Negeri Perak , YB Dato’ Zulazlan Abu Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains , Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak, YB Mohd Akmal Kamaruddin dan Pengarah JAS negeri Perak, Tuan Haji Rosli bin Zul.
Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Anuar Zainal Abidin dan Pengurus Besar Kanan MB Inc. Perak, Encik Kamarulariffin Ayub.
Sambutan itu diadakan bagi mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas, menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar dan mengiktiraf kepada mereka yang memberi sumbangan signifikan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Dalam pada itu, Tahniah diucapkan kepada Jabatan Alam Sekitar negeri Perak diatas penganjuran sambutan hari alam sekitar yang gemilang dan sarat dengan agenda kelestarian.
Selain itu, MB Inc. Perak juga berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan menjadi rakan strategik dalam sambutan Hari Alam Sekitar termasuk program kuiz alam sekitar bagi sekolah-sekolah yang telah dijalankan sepanjang berlangsungnya HASN di peringkat negeri.
Selain itu, kesinambungan daripada program kuiz alam sekitar itu juga, turut diadakan Piala Pusingan MB Inc. Perak yang berlangsung selama lima tahun bermula tahun ini dalam memastikan pendidikan kelestarian alam sekitar dipupuk secara berterusan dalam kalangan pelajar sekolah, guru-guru dan komuniti.