Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc. Perak) menerima kunjungan hormat daripada Ruang Cikgu Berhad di Ibu Pejabat MB Inc. di sini hari ini.
Kunjungan itu terdiri daripada Dato’ Latt Shariman Abdullah, Penasihat Ruang Cikgu Berhad ; Datin Norzihan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif Ruang Cikgu Berhad dan Encik Latt Omar Latt Shariman, Ketua Pegawai Eksekutif Ruang Cikgu Berhad yang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. , Encik Anuar Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Operasi MB Inc. , Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Dalam pertemuan itu, kedua belah pihak turut bertukar pandangan dan membincangkan mekanisme
terbaik
untuk mengimplementasikan platform penyedia latihan, Ruang Cikgu kepada warga kerja MB Inc. dan juga kepada peserta -peserta yang terlibat.
Ini juga merupakan antara program CSR MB Inc. kepada golongan sasar di negeri Perak terutama kepada yang terkesan ketika pandemik, kehilangan kerja dan juga B40 dengan menyediakan kursus dan latihan yang bersesuaian agar dapat menambah serta mengukuhkan sumber ekonomi mereka.
Ini kerana, MB Inc. adalah sebuah syarikat yang mengutamakan kualiti dan pembangunan modal insan dengan menggalakkan penyertaan kursus dan latihan bagi memberi nilai tambah kepada setiap individu dan mencungkil potensi diri.