Dalam memastikan seluruh warga kerja Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) terhindar daripada Covid-19 dan mendapat perlindungan vaksin lebih-lebih lagi ketika pandemik masih lagi belum menunjukkan trend penurunan, MB Inc. menawarkan suntikan vaksin kepada semua warga kerja menerusi Program Vaksin Perak ( PVP) atau SilverVax yang berlangsung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Ar-Ridzuan.
Langkah ini dilaksanakan segera oleh MB Inc. atas keprihatinan sebagai majikan dalam memastikan semua warga kerja mendapat suntikan vaksin dan perlindungan.
Ini juga adalah inisiatif MB Inc. untuk mewujudkan imuniti berkelompok dalam masa secepat mungkin bagi membendung penularan wabak penyakit Covid-19 yang lebih serius, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. , Encik Anuar Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majuperak , Encik Nizran Noordin ; Ketua Pegawai Operasi MB Inc., En Nor Afzanizam Abd Manan dan Encik Khairul Salleh bin Abdul Rani, Pengurus Besar Hospital Ar-Ridzuan turut turun padang dan hadir meninjau pelaksanaan program vaksinasi tersebut.
Program SilverVax yang dikendalikan oleh Majuperak Holdings Bhd (MHB) ini mendapat sambutan baik seluruh warga kerja MB Inc.
Program ini berlangsung pukul 9.30 pagi dan berakhir pukul 1 petang.