Prihatin dengan keadaan semasa penuntut Universiti dan Kolej ketika Covid-19 yang memerlukan akses dan kemudahan komputer riba ketika ini, Perbadanan Menteri Besar (MB Inc. ) telah menyumbangkan sebahagian daripada 100 unit komputer riba yang diperuntukkan menerusi Kelab Rotary.
Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato Mohammad Zahir Abd Khalid kepada penerima-penerima di Daerah Taiping.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan; Presiden Rotary Ipoh Selatan, Encik Kamarul Dato’ Mohamad Arif dan Wakil Rotary Taiping, Hajah Noorulintan Hj Mohamed Ridzuwan.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program CSR MB Inc. yang mahu semua pelajar lebih-lebih lagi daripada keluarga B40 mendapat akses pembelajaran berkualiti.