Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) terus menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Hari ini, sebanyak 100 Bantuan Kotak Makanan keperluan asas telah disumbangkan kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Lokaliti Daerah Batang Padang.
Turut hadir, pasukan Jabatan Kebajikan Masyarakat Tapah membantu melancarkan proses penghantaran kotak makanan.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan keluarga yang terlibat PKPD ketika ini.
MB Inc. sumbang 100 kotak makanan kawasan PKPD lokaliti daerah Batang Padang