Sekitar Bual Bicara TPP SPM bersama Junior Health Ambassador of Perak (Jhep) yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Aznan bin Haji Alias dan Ketua Eksekutif, Green Growth Asia Foundation (GGAF), Dr. Mahadi Mohamad.
Turut serta dalam bual bicara ini 83 orang terdiri Guru Besar, Pengetua, Pegawai JPN, Pegawai PPD dan Murid-murid bertujuan untuk sesi libat urus bersama dengan 20 buah sekolah yang terlibat dalam program Eco-schools dan 20 orang pelajar terpilih sebagai Junior Health Ambassador of Perak (Jhep).
MB Inc. sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang pertama seumpamanya memperkenalkan program ini di sekolah-sekolah negeri Perak atas dasar tanggungjawab dan keperihatinan untuk membawa modul pendidikan berteraskan kelestarian alam sekitar kepada generasi pelajar.
MB Inc. turut berharap pelajar yang terpilih menjadi ikon ini menjadi teladan dan role model kepada pelajar-pelajar lain dalam menyebarkan maklumat dan pengetahuan berkaitan usaha melestarikan alam sekitar seperti mana yang diterapkan menerusi program ini.