Sebanyak 10 buah keluarga di Tg. Tualang hari ini menerima sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai daripada individu-individu yang prihatin terhadap situasi yang dihadapi mereka lebih - lebih lagi ketika berdepan situasi pandemik kini.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.), En. Kamarulariffin Haji Ayub.
Turut hadir ialah Wakil Penghulu Mukim Tg. Tualang iaitu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Pasir Bt. 10, Nor Azhar bin Wook dan JPKK Kg Air Papan, Mohd Fauzi bin Abdul Rom serta Pembantu Tadbir Penghulu Tg Tualang, Fairuz bin Kamarudin.
Antara penerima sumbangan ialah golongan B40, ibu tunggal serta tiada punca pendapatan.
Diharap, perkongsian rezeki dan sumbangan yang diamanahkan ini dapat membantu meringankan bebanan keluarga tersebut.