Prihatin dengan keadaan 10 buah keluarga di Kampung Tersusun Teluk Memali dan Kampung Gajah, Perbadanan Menteri Besar Perak ( MB Inc. ) menerusi Bantuan Ihsan Insani memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan asas.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan MB Inc , En. Kamarulariffin Haji Ayub. Turut hadir, Saudara Mohd Yafiz Mustapa, wakil Pemuda Pasir Salak.
MB Inc. selaku syarikat berkaitan Kerajaan komited untuk membantu mereka yang memerlukan terutama golongan B40, golongan paling terkesan ketika pandemik ini.
Bantuan keperluan makanan asas diberikan kepada asnaf , Orang Kurang Upaya ( OKU) serta mereka yang terjejas pendapatan akibat PKP.
Antara penerima sumbangan ialah Ramlah binti Bahar, Rosnah binti Yahya, Norliana binti Musa dan Shaharudin bin Imok.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan keluarga yang terkesan.