Perbadanan Menteri Besar Perak ( MB Inc. ) terus tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan meringankan bebanan golongan yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD) di negeri ini.
Sumbangan berbentuk beras dan makanan kering sebanyak 300 pek diagihkan kepada golongan memerlukan di sekitar DUN Trong, hari ini yang juga inisiatif bersama dengan Pusat Khidmat DUN Trong.
Sumbangan itu diserahkan kepada Pegawai Khas kawasan mewakili YB ADUN Trong,
Jamilah Zakaria.
Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR) seumpama ini dilaksanakan MB Inc. dari semasa ke semasa bagi membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.
Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka yang terjejas sekaligus berharap agar rantaian COVID-19 segera dihapuskan.