Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) meneruskan lagi Bantuan Ihsan Insani dengan memberi sumbangan barangan keperluan asas kepada beberapa buah keluarga di sekitar Chemor.
Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif proaktif MB Inc. menghulurkan bantuan terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan MB Inc., En. Kamarulariffin Haji Ayub.
Hadir sama Penghulu Mukim Chemor, Daerah Kinta En. Ahmad Baharul Shahrudin.
Antara penerima itu ialah Mohd. Harun Razali yang kehilangan kaki akibat kemalangan jalan raya ketika pulang kerja manakala Yusliza Mohd. Yusof , ibu tunggal yang mempunyai tanggungan empat orang cahaya mata.
Sementara itu, penerima seterusnya, Khadijah Din yang mempunyai dua orang anak dan kehilangan suaminya serta Fadillahtul Shima Ismail, seorang peniaga kecil-kecilan yang giat berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.
Diharap dapat sedikit sebanyak membantu khususnya berdepan keadaan PKPD ketika ini.