Perbadanan Menteri Besar Perak (MBI Inc.) menganjurkan majlis berbuka puasa dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, YB Puan Jamilah Zakaria bersempena Program Menteri Besar Bersama Rakyat ( Mesra).
Dalam program itu, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Saarani Mohamad turut turun padang bersama- sama untuk meraikan ramadan dengan berbuka puasa bersama penduduk di kawasan itu.
Turut hadir program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd. Manan; Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik KamarulAriffin Ayub serta Pengurus Besar Amanjaya Natural Resources Sdn. Bhd., Ridzuan Marsidi.
Sebanyak 2 buah masjid terlibat dalam program tersebut iaitu Masjid Al - Falah, Permatang Raja dan Masjid Nurul Hidayah di Sungai Bemban.
Dalam program itu, YAB Menteri Besar turut berkongsi rezeki bersama asnaf di kawasan itu dengan memberi sumbangan duit raya kepada kira-kira 50 orang.
Dalam pada itu, MB Inc. turut memberi sepasang kain batik dan pelikat serta wakaf Al -Quran lapan buah masjid disekitar DUN itu.