YAB Menteri Besar Perak, Dato' Saarani Mohamad hari ini merasmikan Kempen Penanaman 100 juta pokok peringkat Negeri Perak Dataran Tasik Raban, Lenggong, Perak.
Turut hadir, YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli ( KeTSA), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.), Encik Anuar Zainal Abidin.
MB Inc. selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi sokongan penuh dalam usaha melestarikan negeri ini selain turut serta dalam program dan usaha penanaman pokok.
Dalam majlis ini juga, penglibatan MB Inc. dalam melestarikan alam sekitar turut mendapat pengiktirafan dengan menerima sijil penghargaan daripada YAB Menteri Besar Perak.
MB Inc. sebagai sebuah syarikat korporat turut berperanan penting dalam melaksanakan tanggungjawab menjayakan aktiviti memelihara dan memulihara alam sekitar.
Untuk makluman, MB Inc. yang menggerakan program Kekal Hijau telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri bagi menyelaras penanaman pokok dalam mencapai sasaran 100 ribu pokok.
Program Kekal Hijau MB Inc. bermula dari November 2020 sehingga Februari 2021 telah berjaya menanam lebih 73,109 ribu pokok dengan kerjasama agensi kerajaan, sekolah, masjid, komuniti setempat dan NGO.
Justeru itu, MB Inc. menyokong Kempen Penanaman 100 juta pokok ini yang bertepatan dengan iltizam Kerajaan Negeri Perak bagi menggerakkan inisiatif menangani perubahan iklim.