Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) menerima kunjungan delegasi daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Jabatan Hutan.
Turut hadir Isteri kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Datin Norhashimah Haji Sha'ari dan Isteri kepada Pengarah Jabatan Hutan lpoh, YBhg. Datin Rokiah Shaari.
Kira-kira 20 orang delegasi dari JPH itu menyatakan walaupun lawatan itu singkat, tapi padat dengan perkongsian ilmu dari mengenai sejarah operasi Kapal Korek TT5 dan tarikan terkini iaitu fun maze (pagar sesat) daripada Pengurus Amanjaya TT5 Sdn.Bhd., Encik Shahrin Zainon.
Dalam pada itu, delegasi JPH turut menanam pokok-pokok bagi aktiviti penanaman pokok bersempena kempen Penghijauan Malaysia di TT5.