Prihatin dengan nasib keluarga di Kg. Baru Layang Kanan yang dilanda musibah kerana kehilangan rumah dalam kebakaran baru-baru ini, Menteri Besar, YAB Dato' Saarani Mohamad turun padang melihat keadaan keluarga tersebut.
Turut sama mengiringi Menteri Besar ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin.
Dalam pertemuan itu, MB Inc. turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga tersebut yang disampaikan oleh Menteri Besar.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dan memberikan semangat baharu kepada keluarga tersebut.
MB Inc. hulur sumbangan mangsa rumah terbakar di Kg. Baru Layang Kanan