Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program gotong-royong membersihkan rumah Asnaf (Orang Kurang Upaya) di Kawasan Dewan Undangan Negeri Belanja.
Program selama empat jam yang bermula pada 9 pagi itu disertai oleh kira-kira 30 sukarelawan termasuk Skuad Prihatin MB Inc.
Selain itu, MB Inc. turut menyumbang keperluan asas, kotak makanan, dapur, kipas, tikar getah dan baik pulih kediaman.
Program gotong-royong ini merupakan Kerjasama ADUN Belanja, YB Khairudin Abu Hanipah dan Penghulu Mukim Layang-Layang, Nor Shahidah bt Ahamad serta sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
MB Inc. giat CSR, gotong royong di DUN Belanja