Prihatin dengan nasib menimpa Nik Noor Aishah Mat Tahir yang telah kehilangan suaminya, Allahyarham Muhamad Suhaimi bin Che Sa akibat sakit jantung pada Januari lalu, MB Inc. tampil menghulurkan sumbangan.
Sumbangan berbentuk komputer riba, kotak makanan dan barangan asas itu disampaikan oleh Pengurus Besar Komunikasi Strategik MB Inc. , Siti Kamesah Bee di Kampung Kerunai, Gerik.
Turut hadir bekas pengetua SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Tn. Haji Megat Termizi bin Megat Adnan ; Guru Besar SK Lubok Kawah Lenggong; Tuan Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman, Imam Masjid Kg. Pahat dan Fauzi Bin Ismail.
Nik Noor Aishah kini menjalankan perniagaan membuat pekasam dan menjual asam gelugor sebagai mata pencariannya mempunyai 7 cahaya mata yang masih lagi bersekolah itu melahirkan rasa syukur atas pemberian sumbangan MB Inc.
Usaha CSR yang giat dilaksanakan ini selaras dengan aspirasi YAB Menteri Besar Perak, Dato' Saarani bin Mohamad yang mahu setiap syarikat berkaitan kerajaan negeri membantu rakyat terutama daripada sudut kebajikan.