Dua buah keluarga di Kampung Gerik dan Tanjung Kala menerima sumbangan berbentuk komputer riba, kotak makanan dan keperluan barangan asas daripada MB Inc.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengurus Besar Komunikasi Strategik MB Inc., Siti Kamesah Bee kepada dua keluarga masing- masing, Noraslah Hashim serta Saiful Azhar.
Inisiatif ini dibuat sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat MB Inc. dalam meringankan bebanan yang ditanggung mereka terutama golongan B40.
CSR MB Inc. adalah berteraskan kepada tiga fokus utama iaitu Sosial, Pendidikan dan Alam Sekitar (S.E.E) sosial yang dirangka selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk pembangunan ekonomi rakyat di negeri Perak.
Bantuan Ihsan Insani Kampung Gerik & Tanjung Kala