Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dalam usaha bersama Kerajaan Negeri menjayakan Program Kesejahteraan Rakyat Negeri Perak.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin kepada Ketua Eksekutif YBUDR , Dato’ Ismail Saffian yang disaksikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Saarani Mohamad.
Penyerahan cek cura (mock cheque) itu dibuat dalam satu majlis bersempena pelancaran Kedai Bergerak Negeri Perak di Arena Square Lawin.
Sumbangan ini adalah sebahagian daripada Program Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) MB Inc. yang prihatin terhadap keperluan rakyat di negeri Perak.
MB Inc. yakin ini adalah langkah yang bermakna untuk menyumbang semula kepada komuniti.