Taklimat berkaitan mineral baru yang berlangsung di Pejabat MB Inc. Perak dihadiri oleh kira-kira 15 jemputan.
Turut hadir YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato' Ar. LA Meor Roslan bin Dato' Seri Haji Meor Ahmad Rasidi Orang Besar Jajahan Hulu Perak ; Penasihat Khas Menteri Besar Perak merangkap ADUN Pengkalan Baharu, YB Dato Abdul Manaf bin Hashim.
Turut serta YDH Toh Bandar Hulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering;
YB Dato' Haji Mohd Tarmizi Idris;
ADUN Temengor, YB Salbiah Binti Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. , Anuar bin Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak ( PPPNP), Tuan Haji Yahanis bin Yahya dan Pengurus Besar Kanan MB Inc., KamarulAriffin bin Ayub.
Taklimat yang berlangsung hampir dua jam itu dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. dan Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP.
Dalam sesi tersebut, kesemua jemputan telah melontarkan pandangan dan diberikan gambaran secara menyeluruh berkaitan aktiviti kajian projek rintis mineral baharu.