Orang ramai tak perlu panik MOU eksplorasi nadir bumi di Perak – MB

Thumbnail

Beliau berkata, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dengan sebuah syarikat dari China, iaitu Chinalco GXNF Rare Earth Development hanya untuk mengenal pasti nadir bumi yang ada.

“MoU ini adalah untuk kita eksplorasi, kita nak tahu apa ada dalam bumi dan selepas tahu kita akan buat kajian apakah ia economical untuk diekstrak, ada manfaat atau tidak. Bukan hari ini tandatangan, esok dah bawa keluar.

“Sebarang perlombongan sama ada emas, bijih timah, amang semua perlu dibuat kajian impak terhadap alam sekitar dan hari ini kerajaan negeri masukkan pula kajian impak sosial,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perak SADC Agrofest 2019 di sini, hari ini.

Ahmad Faizal mengulas kenyataan presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil yang menuntut kerajaan negeri Perak supaya memberhentikan dan tidak memulakan sebarang aktiviti berkaitan dengan eksploitasi nadir bumi di negeri ini.

 

Sumber : https://www.suaraperak.com/orang-ramai-tak-perlu-panik-mou-eksplorasi-nadir-bumi-di-perak-mb/