MB Inc Serah Kotak Makanan Kepada 10 Kampung Orang Asli Di Kawasan Pedalaman

Thumbnail

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Zainal Abidin berkata bantuan tersebut telah memberi manfaat kepada 304 isi rumah yang tinggal kawasan-kawasan terpencil di daerah berkenaan.

“Pasukan MB Inc. Prihatin telah turun padang meredah laluan sukar serta menaiki sampan untuk menyampaikan bantuan terus kepada penerima yang mana misi bantuan kali ini menumpukan kepada kebajikan penduduk Orang Asal yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Sumbangan ini juga adalah menyahut seruan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk memastikan komuniti Orang Asal yang memerlukan bantuan, mendapat pembelaan,” katanya dalam satu kenyataan.

1

Katanya, misi bantuan tersebut berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak dan Pertubuhan Mendidik Insan Cemerlang Larut Matang dan Selama Perak dengan tujuan meringankan beban penduduk Orang Asal sepanjang tempoh PKP.

Dalam pada itu, semalam MB Inc. turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak kepada Menteri Besar bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri membantu golongan sasar dan perbelanjaan melawan penularan wabak Covid-19.

 

Sumber:https://peraktoday.com.my/2020/04/mb-inc-serah-kotak-makanan-kepada-10-kampung-orang-asli-di-kawasan-pedalaman/